Thursday, May 7, 2015

Puteriku..

Aku bersyukur sangat2 kpd Allah kerana panantian ku berakhir jua.. aku telah dikurniakan anugerah yang terindah dalam hidupku setelah 6 tahun berumahtangga..

Nur Qisya Humaira, puteriku..



macam2 cabaran dan pengalaman terpaksa diharungi..Alhamdulillah akhirnya Allah telah anugerah kan kpd ku sorang puteri   :)

Barang Tupperware...


Chopper Turbo dari Tupperware..cepat, mudah dan tidak menggunakan elektrik. 

Harga Retail: RM145

PM untuk special price


 

Smart Rice Dispenser (10 kg)..compact, mudah,dan beras sentiasa segar 

Harga Retail : RM308

PM untuk special price


Garlic-N-All-Keeper (1 pcs)(3L).. bawang sentiasa segar

Harga Retail: RM73.50

PM Untuk special price

Sunday, August 23, 2009

Lampu

Kerja harian aku pagi2 baca paper pas2 tengah2 baca aku terbaca kisah ni. macam menarik.. citer ni iklan Maybank, iklan pasal 1 Malaysia..

Di sebuah kampung Bukit Rusa, tinggal seorang budak lelaki bernama Adam.

Apa yang dilakukannya sepanjang hari hanyalah bermain. Tatkala budak-budak lain membantu menghalau burung-burung dari sawah padi, Adam berfikir sendirian, "Mereka sudah melakukannya, bolehlah aku pergi berenang di sungai."

Apabila tiba masa menuai, Adam akan turut serta. Hanya kerana dia boleh makan sebanyak mana yang dia mahu. "Mereka semua tidak bijak seperti aku," fikirnya. " Lebih banyak mereka kutip, lebih beratlah bakul-bakul mereka."

Bakulnya tidak pernah penuh sebagaimana penuh perutnya itu.

Malah, apabila sesuatu harus dilakukan, Adam sentiasa mencari alasan. " Tentu ada seseorang yang akan membuatnya. Mengapa harus aku?"

Kemudian, pada satu malam yang kelam dan suram, ibu Adam jatuh sakit. Dengan suara yang lemah, dia menyuruh Adam memanggil bomoh dari kampung berhampiran.

Adam dapat merasakan kegerunannya yang memuncak. Dalam keberaniannya yang ditunjuk-tunjuk itu, satu-satunya yang paling ditakuti oleh Adam adalah kegelapan. Dan jalan ke kampung sebelah adalah melalui hutan tebal dan gelap.

Namun, apakah dia mempunyai pilihan?
Lalu, Adam memulakan perjalanannya. Pada mulanya perlahan, tetapi semakin pantas langkahnya seiring dengan malam yang semakin gelap, segelap dakwat hitam. Malah sang bintang bagai menyembunyikan diri mereka pada malam itu.

Tidak lama kemudian, Adam menyedari bahawa dia telah sesat. Bunyi2 yang aneh dari hutan belantara disekeliling menambahkan lagi ketakutan yang teramat dalam dirinya.

Tiba2 dia ternampak sesuatu-kelipan lampu menembusi kegelapan malam. Ia datangnya dari sebuah rumah usang milik Pak su, salah seorang penduduk kampung.

Adam berasa lega. Tetapi lebih daripada itu, dia berasa curiga-Pak Su buta!

Berjalan ke arah Pak Su, Adam bertanya, "Kenapa Pak Su perlukan lampu sedangkan Pak Su tidak boleh nampak?"

Orang tua itu tersenyum seraya berkata, " Inilah yang harus kamu buat kalau kamu menjadi sebahagian daripada kampung ini-kamu saling tolong-menolong. Aku tidak menyalakan lampu ini agar aku boleh menengok."

"Aku menyalakan lampu ini supaya orang lain, seperti kamu, boleh melihat."

Tuesday, August 18, 2009

welcome

baru je nak try wat blog.....xtau nak tulis ape lagi..